Saturday, August 13, 2011

Roti kukus




Roti kukus

Bahan:

4-5 keping roti
1cawan tepung gandum
1/2 cawan susu
2sudu mejerin
1biji telur
kurma @ kismis
2 sudu gula

Cara-cara

Pukul telur, gula dan mejerin, masukkan tepung dan susu kedalam bahan yg dipukul td, setelah itu sapukan mejerin kedalam bekas untuk memasak dan masukkan kesemua bahan td setelah itu cubitkan roti kedalamnya dan taburkan kismis kurma keatasnya...biarkan roti tadi kembang bersama bahan tadi dan setelah itu boleh la kukus selama 25minit...


Sungguh enak dimakan semasa suku suam....eeemmm yamyyyyyy

Ikan siakap stim istimewa




Ikan siakap stim istimewa....

Bahan A:

1 ekor ikan siakap sederhana
3ulas bawang merah
3ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
2 batang serai
5-6 biji cili padi
Garam, gula dan aji secukup secukup rase....

Bahan B:

Sos tiram 2-3 sudu
Daun sup @ daun ketumbar
Cendawan
Tomato
Limau nipis

Cara-cara

Bersih ikan kemudia perap ikan dgn sos tiram , sementara itu tumbuh bahan A dan sapu kan pada ikan tadi dan perap sebentar( perap 10-15minit).Setelah diperap letakkan ikan didalam bekas untuk di kukus dan taburkan bahan B dan kukuskan selama 25-30minit. Dan siap untuk dihidang....

Selamat menjamu selera....