Saturday, December 17, 2011

DONAT GEBU




Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

*3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
*1/4 cawan air suam
*1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
*1/2 cawan gula halus
*1 sudu kecil garam
*2 biji telur
*1/3 cawan shortening/butter
*5 cawan tepung gandum
*Minyak untuk menggoreng
*Hiasan donat (kacang badam, gula, coklat dan ikut suka la)

Cara-cara

Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.Atau hiaskan donat ikut citarasa masing2.....

Donat sedia untuk dimakan eeeemmmm sodapppp :)

Selamat mencuba

MEE BANDUNG ISTIMEWA




Bahan-bahannya:

*1 peket mee kuning
*10 ekor udang basah(lg byk udang lg sodap)
*50g udang kering ( blend )
*2 biji bwg besar
*3 ulas bwg putih
*5 tangkai cili kering
*2 batang serai(dititik)
*2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
*4 biji telur
*sawi
*bawang goreng
*Hirisan cili merah
*Air rebusan daging
*Gula
*Garam
hirisan daging
limau kasturi / limau nipis
tauhu goreng - hiris nipis

Cara-cara

Celur mee kuning
Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
Masukkan serai dan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2 kedalamnya. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.


Selamat mencuba teman-teman....