Saturday, August 13, 2011

Roti kukus




Roti kukus

Bahan:

4-5 keping roti
1cawan tepung gandum
1/2 cawan susu
2sudu mejerin
1biji telur
kurma @ kismis
2 sudu gula

Cara-cara

Pukul telur, gula dan mejerin, masukkan tepung dan susu kedalam bahan yg dipukul td, setelah itu sapukan mejerin kedalam bekas untuk memasak dan masukkan kesemua bahan td setelah itu cubitkan roti kedalamnya dan taburkan kismis kurma keatasnya...biarkan roti tadi kembang bersama bahan tadi dan setelah itu boleh la kukus selama 25minit...


Sungguh enak dimakan semasa suku suam....eeemmm yamyyyyyy

Ikan siakap stim istimewa




Ikan siakap stim istimewa....

Bahan A:

1 ekor ikan siakap sederhana
3ulas bawang merah
3ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
2 batang serai
5-6 biji cili padi
Garam, gula dan aji secukup secukup rase....

Bahan B:

Sos tiram 2-3 sudu
Daun sup @ daun ketumbar
Cendawan
Tomato
Limau nipis

Cara-cara

Bersih ikan kemudia perap ikan dgn sos tiram , sementara itu tumbuh bahan A dan sapu kan pada ikan tadi dan perap sebentar( perap 10-15minit).Setelah diperap letakkan ikan didalam bekas untuk di kukus dan taburkan bahan B dan kukuskan selama 25-30minit. Dan siap untuk dihidang....

Selamat menjamu selera....

Thursday, May 19, 2011

Sup ikan istimewa





Bahan-bahan

4 ketul ikan merah
3 biji bawang putih
Halia sebesar ibu jari
1 sudu Lada putih @ lada hitam
1/2 bawang merah besar
Daun ketumbar @ daun sup
1 biji kentang
Kulit kayu manis @ bunga lawang (ikut suka)
Bawang goreng
Telur
sup cendawan
1 biji Tomato
Garam @ aji secukup rasa


cara-cara memasak


1. Bersihkan ikan
2. Tumbuk lada putih n hitam, bawang putih dan halia.
3. Tumis bahan2 yg ditumbuk serta kulit kayu manis n bunga lawang hingga naik bau dan masukkan ikan serta masukkan air secukupnya.
4. Tunggu 5 minit ke 10 minit masukkan kentang, bawang merah yg dicincang.
5. Setelah semua empuk dan masak, masukkan telur dan kacau serta masukkan sup cendawan, garam, aji dan tomato.
6. Sedia untuk dihidang dan taburkan daun sup @ ketumbar serta bawang goreng...


selamat mencuba...

Wednesday, April 27, 2011

KARIPAP PUSING..




Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

*Doh berminyak* :
150 gm (margerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur) ** saya dah removed bhn crisco
300 gm tepung gandum
....................................
*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas http://wanitaniaga.com/resepi/?cat=4
Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

Tuesday, April 26, 2011

Aiskrim goreng istimewa..




Bahan-bahan ( 5 orang )

5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya
Cara-cara

Scoop aiskrim yg saya guna seperti gambar disebelah
Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.

Aiskrim Coklat Oreo




Bahan-bahan ( 1.5 liter )

2 1/2 cup - Dutchlady full cream milk perisa coklat
2 1/2 cup - Nestle coffemate creamer powder
1 packet kecil - biskut Oreo

Cara-cara

Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) dan blend lagi hingga sebati. Tak payah letak gula sbb biskut dah manis.
Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, kluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.
Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. Selamat mencuba.

Wednesday, April 20, 2011

AYAM GOLEK MADU





Bahan

1 ekor ayam
45ml madu
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit bijan~ disangai

Bahan A~ cincang(aku blend )
5 ulas bawang puth
3cm halia
2 labu bawang besar
4 batang serai

Bahan B
60ml sos cili
45ml sos tomato
45ml sos tiram

Cara:
-Satukan bahan A dan B, kacau rata, masukkan sebahagian madu, garam dan lada sulah sebatikan dan lumurkan pada ayam. perap semalaman di dalam peti sejuk.
-keesokkannya, keluarkan ayam seketika dan kemudian bakar di dalam oven bersuhu 150C-200C selama 1jam 30 min hingga 2 jam(hingga masak).
- Selepa ayam masak, keluarkan dari oven, sapukan dengan sebahagian madu tadi dan taburkan dengan bijan...sedia untuk dihidangkan!!